6.1 - PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara.

Secara amnya kesediaan guru-guru menerima proses perubahan yang berlaku akan menentukan kelestarian dan kemampanan dalam menjana transformasi pendidikan dalam negara kita.

Elemen baharu yang diterapkan akan memberi penekanan terhadap kaedah pentaksiran dan reka bentuk kurikulum yang mampu melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif selain memberi peluang setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan serta kurikulum.

Matlaamat transformasi ini adalah untuk memastikan murid bersedia menghadapi cabaran hingga di peringkat global pada masa akan datang. Pada masa yang sama penambahbaikan dilakukan dan keharmonian kaum yang merupakan asas utama kepada pembentukan sistem pendidikan negara.

PEMETAAN RINGKASAN KANDUNGAN



















Comments